mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Shaza *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Matematik

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Sedang Belajar)

Jitra, Kedah

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Shaza. Seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Sains Matematik di UiTM Puncak Alam dan berada di semester 4. Saya berminat dan berkemahiran dalam mengajar subjek Matematik dan Matematik Tambahan. Saya juga boleh mengajar murid membaca kerana saya berminat untuk berinteraksi dengan kanak-kanak dan saya juga pernah menjadi naib johan dalam pertandingan bahas peringkat kebangsaan ketika di sekolah menengah. Ilmu yang diperoleh daripada bidang pengajian yang diceburi dapat saya terapkan dengan baik semasa proses mengajar.
Teknik Pengajaran
Sebagai seorang pelajar yang sedang berjinak-jinak dalam dunia pendidikan, terdapat pelbagai teknik pengajaran yang saya boleh lakukan mengikut kesesuaian subjek dan topik. Saya boleh menggunakan peta minda untuk memudahkan proses mengingat. Selain itu, saya boleh menyediakan nota ringkas mengenai formula Matematik yang dapat dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Darjah 4
Membaca - BM Darjah 1, Tadika