mytutor_mobile
Profile Picture

Noor Faridah *******

(Dalam Talian)

Sarjana(master) - Kejuruteraan Mikroelektronik

Universiti Malaysia Perlis (Arau) (Telah Bergraduasi)

Kulim, Kedah

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Faridah. Saya pernah berkhidmat sebagai seorang guru sains semenjak 2013 - 2019 di sebuah sekolah swasta. Dalam masa yang sama juga aktif mengajar sebagai tutor secara online bagi mata pelajaran fizik tingkatan 4 dan SPM semenjak 2016 sehingga kini. Subjek Fizik merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Matematik merupakan subjek minor. Saya mempunyai modul dan latihan khas yang terbukti berkesan melahirkan pelajar cemerlang dalam subjek core sains ini. Saya juga pakar dalam memotivasikan pelajar supaya terus minat belajar dan menjadi insan berjaya. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Selama bergelar sebagai pendidik, ramai pelajar yang telah saya temui dan tahap kefahaman setiap orang adalah berbeza. Mengaplikasi pengalaman yang ada, saya telah merangka modul dan latihan khas berbeza mengikut tahap kefahaman pelajar. Dan semestinya modul ini sentiasa dikemaskini mengikut silibus terkini Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi subjek fizik yang biasanya dianggap sangat susah untuk pelajar skor, pendekatan latih tubi berfokus merupakan teras bagi subjek yang melibatkan pengiraan. Alhamdulillah dengan mengikuti kelas saya, biasanya gred pelajar akan bertambah baik dalam masa yang singkat. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik skor A+ SPM bagi subjek Fizik merupakan suatu teknik yang telah saya rangka sejak tahun 2013. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tingkatan 3