Profile Picture

Nuryl Damia *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran)

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Damia. Saya merupakan seorang guru pelatih yang berdedikasi dalam mendidik pelajar sekolah rendah. Subjek Bahasa Isyarat dan Komunikasi merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa Melayu merupakan subjek minor. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan minat murid untuk belajar melalui penggunaan bahan bantu yang menarik serta sesuai dengan tahap keupayaan murid. Saya juga agak fasih dalam berisyarat menggunakan Kod Tangan Bahasa Melayu serta Bahasa Isyarat Malaysia kerana berpengalaman dalam mengajar murid berkeperluan khas pendengaran.
Teknik Pengajaran
Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan murid-murid. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur serta bermain sambil belajar dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan murid-murid berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Prasekolah - 3M Tadika
Sains Darjah 1