Profile Picture

Wan Amira *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Bachelor Honours Degree In Multimedia Technology

Universiti Malaysia Sabah (Labuan) (Telah Bergraduasi)

Setapak, WP Kuala Lumpur

Loyal Tutor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum. Saya, Cikgu Mira, graduan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Teknologi Multimedia dari Universiti Malaysia Sabah (Kampus Antarabangsa Labuan) dan sebelumnya telah menamatkan Matrikulasi dan SPM dalam jurusan Sains Tulen. Saya telah berkhidmat sebagai tenaga pengajar akademik persendirian bersama Mytutor selama 7 tahun bagi peringkat sekolah rendah dan menengah. Sebagai rekod, semua pelajar dibawah kendalian saya selama 7 tahun ini menunjukkan kemajuan positif dan mendapat gred lebih tinggi daripada ujian sebelumnya. Saya sentiasa komited untuk memberikan khidmat mengajar yang terbaik dan bersikap terbuka untuk menerima cadangan penambahbaikan atau teguran dari ibu bapa demi mencapai hasil pembelajaran yang maksimum.
Teknik Pengajaran
Sebagai tutor, saya menggunakan bahan mengajar mengikut silibus terkini dan menerapkan suasana pembelajaran yang interaktif dan kondusif yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran dan pemahaman pelajar.
Cara pendekatan yang lembut namun tegas untuk mencipta suasana pembelajaran yang positif dan efektif.
Tips dan formula mudah akan diberikan bagi memudahkan pelajar untuk memahami konsep untuk setiap topik dengan lebih mudah.
Pemberian kerja rumah/latih tubi adalah wajib diberikan kepada pelajar di setiap kelas bagi mengawasi tahap pemahaman pelajar.
Ujian akan diberikan secara berkala untuk menguji tahap penguasaan pelajar terhadap topik yang telah dipelajari.
Menggunakan konsep 'reward' yang bersesuaian dengan umur pelajar bagi meningkatkan semangat pelajar untuk terus mencapai gred yang lebih baik.
Penilaian & Maklumbalas

Juzailan Bin Zainal : Matematik - DLP Bahasa Inggeris

Committed.

Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3