Profile Picture

Nur Ain *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Telah Bergraduasi)

Permaisuri, Terengganu

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama diberi Nur Ain Nabila Binti Mohd Yeh. Saya digelar sebagai cikgu Ain yang telah berkecimpung dalam dunia pendidikan selama 7 tahun dalam dan menerima ilmu tentang pendidikan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh dalam jurusan Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam. Saya berkebolehan untuk mengajar pelbagai subjek dan aras umur memandangkan saya pernah mengajar murid tahap 1, tahap 2 dan sekarang ditugaskan untuk mendidik anak-anak prasekolah. Saya mahir dalam menjadikan pembelajaran itu lebih menyeronokkan dan boleh memberi impak serta peningkatan dalam pencapaian akademik murid.
Teknik Pengajaran
Pelbagai teknik dan kaedah pengajaran yang telah dipelajari dan diterapkan dalam aktiviti PdPc murid sepanjang berada di IPG Kampus Ipoh serta mengajar di Pasir Gudang seperti pembelajaran berpusatkan murid. Pelbagai aktiviti yang akan disediakan dengan berfokuskan kaedah didik hibur, sumbang saran, perbincangan dan belajar sambil bermain untuk meningkatkan minat dan fokus murid dalam pelajaran. Bukan itu sahaja, saya juga mahir dalam mendidik menggunakan pelbagai kaedah secara bersemuka dan dalam talian. Hal ini disebabkan praktikum yang telah dijalankan secara bersemuka dan dalam talian yang telah memberi pengalaman yang besar buat saya. Teknik pengajaran saya juga sering mendapat pujian daripada pensyarah serta guru besar membolehkan saya sering cemerlang dalam praktikum serta pencerapan pdpc di sekolah. Jadi, mewujudkan rasa suka dan gembira terhadap pelajaran merupakan perkaran penting bagi saya di samping dapat meningkatkan markah dan mencapai kecemerlangan murid.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 2, Darjah 5, Darjah 6
Prasekolah - 3M Tadika
Matematik Darjah 3, Darjah 2
Membaca - BM Darjah 1
P. Islam Darjah 3, Darjah 2