Profile Picture

Zaifatul Izzah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Islam & Bahasa Arab

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan produk Maktab Perguruan yang sememangnya berada didalam dunia pendidikan. Pendidikan Islam merupakan subjek major saya manakala Bahasa Arab merupakan subjek minor. Ilmu yang saya praktikkan ini membolehkan saya mengadakan tutor secara bersemuka dan tidak bersemuka bersama pelajar-pelajar saya. Kemahiran saya adalah dengan silibus-silibus pendidikan yang terkini serta penguasaan terhadap cara pengajaran yang pelbagai dan menyeronokkan. Saya juga mudah untuk bergaul dan berada dekat dengan jiwa pelajar tetapi masih ada batas dan tegasnya dalam menyampaikan ilmu. Jika anda mencari pembelajaran yang menyeronokkan untuk anak ada, hubungi saya.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan pelbagai kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian dan kemahiran murid. Saya lebih mendedahkan kepada kaedah didik hibur seperti penggunaan "Kad Ganjaran" serta "Quiz Time" bersama pelajar. Dengan kaedah ini, minat pelajar dapat ditingkatkan. Selain itu, saya juga lebih cenderung kepada bahan bantu mengajar berbentuk digital seperti paparan slide dan animasi. Ini merupakan teknik pengajaran yang saya amalkan sepanjang saya menjalankan PdP didalam kelas mahupun tutor. Hal ini bagi memastikan setiap pelajar saya dapat mencapai objektif pembelajaran dalam keadaan yang menyeronokkan di samping dapat mereka praktikkan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Kejayaan mereka adalah keutamaan saya.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6, Tadika
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Darjah 5, Darjah 6, Mengaji
Membaca - BM Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5