mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Hurin *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pengajian Islam (syariah)

Universiti Kebangsaan Malaysia (Sedang Belajar)

Batu Kikir, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang lemah lembut tetapi tegas dan pelajar mudah serasi dengan saya. Saya merupakan pelajar lepasan diploma syariah islamiyyah dan juga sekarang melanjutkan pengajian ke peringkat degree dalam bidang pengajian Islam Syariah di UKM. Saya berumur 23 tahun dan menetap di Negeri Sembilan. Saya juga mempunyai pengalaman mengajar tetapi secara tidak formal. Selain itu, saya juga mahir dalam penyusunan jadual dalam pembelajaran pelajar agar jadual mereka lebih teratur. Jadikan saya tutor anda hari ini!!!!
Teknik Pengajaran
Saya akan memberi tunjuk ajar dan mengambil tahu bahagian mana pelajar kurang mahir dan akan lebihkan bahagian yang mereka kurang mahir sehingga mereka menjadi mahir untuk semua bahagian dalam subjek yang saya ajar. Saya akan menyediakan nota nota yang boleh membantu pelajar dan juga memberi latihan agar mereka lebih mahir membuat latihan. Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Nota nota yang menarik akan dapat membantu pelajar dalam memahami subjek tersebur. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Arab Tadika, Darjah 1, Darjah 2
P. Islam Darjah 1, Darjah 2
Jawi Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2