Profile Picture

Nurul Aiman *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Diploma Kaunseling Islami (Universiti Sultan Azlan Shah)

Rembau, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Nurul. Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman dalam mengajar Iqra' dan Al-Quran terutamanya bagi kalangan pelajar sekolah rendah. Pengalaman selama tiga tahun mengajar asas untuk mengaji kepada pelajar sebelum ini akan membantu anak-anak yang lain juga untuk menguasai bacaan Iqra' dan Al-Quran dengan baik. Di samping itu, penguasaan tajwid yang baik juga akan membantu anak-anak untuk turut bersama memahami cara bacaan yang betul dengan tajwid dan fasohah yang betul. Juga berkemahiran dalam bidang tarannum sedikit sebanyak juga boleh dikongsikan bersama pelajar yang berminat untuk mendalami ilmu tersebut. Untuk ibu bapa yang inginkan anak belajar dan menguasai bacaan Iqra' dan Al-Quran dengan baik, boleh hubungi saya untuk maklumat yang lebih lanjut.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman bersama pelajar sebelum ini, saya menggunakan teknik yang menarik mengikut kepada personaliti dan kecenderungan anak-anak dan membuatkan mereka akan lebih bersemangat untuk mengikuti kelas. Saya juga menekankan konsep "slow and steady" supaya anak-anak tidak akan merasa tertelan untuk belajar malahan menjadi lebih seronok untuk mempelajari ilmu berkaitan Al-Quran. Kemampuan anak-anak mampu untuk membaca Al-Quran dengan baik juga merupakan kepuasan bagi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Darjah 5, Darjah 6