mytutor_mobile
Profile Picture

Amir Asyraf *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Doktor Perubatan

Universiti Sains Malaysia (Kubang Kerian) (Sedang Belajar)

Kangar, Perlis

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan pelajar ijazah sarjana muda perubatan di USM Kubang Kerian.Saya memperoleh keputusan cemerlang waktu SPM dahulu iaitu 7A+ 2A dan memperoleh CGPA sebanyak 4.0 sewaktu di kolej.Subjek kimia,matematik dan fizik merupakan subjek major saya sepanjang saya melanjutkan pengajian.Saya mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam subjek-subjek ini.Saya berpengalaman menjadi mentor kepada rakan-rakan sewaktu di MRSM dan kolej.Selain itu,saya juga pernah menjadi mentor untuk program cemerlang spm sewaktu di kolej.Tambahan,saya merupakan seorang yang mengajar menggunakan teknik yang mudah dan ringkas secara menyeluruh mengikut topik.Hal ini penting bagi pelajar untuk faham dengan lebih cepat dan senang.Tunggu apa lagi?Nak skor cemerlang spm?Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Teknik saya dalam mengajar adalah pendekatan dalam teknik peta minda bagi fakta-fakta yang perku dihafal dan rumusan bagi topik pembelajaran.Hiburan juga saya selitkan dalam sesi pembelajaran seperti equiz menggunakan kahoot dan lain-lain bagi mengurangkan tekanan semasa belajar.Saya juga menyediakan latihan dan soalan-soalan lepasan yang selaras dengan silibus SPM sekarang bagi tujuan ulangkaji dan pemahaman yang lebih mendalam lagi berkaitan topik tertentu.Teknik big picture juga saya tekankan semasa mengajar agar pelajar lebih faham dengan cepat secara menyeluruh mengenai topik yang perlu ditekankan.
Subjek
Subjek Tahap
Kimia - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Tingkatan 4
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Tingkatan 4
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Tingkatan 4