mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Sahira *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Islam

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Sekinchan, Selangor

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Sahira. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan mempunyai kemahiran dalam mengajar kanak-kanak sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya merupakan siswa guru yang sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru dengan major Pendidikan Islam serta minor Pendidikan Kesihatan. Saya mempunyai pengalaman mengajar al-Quran secara atas talian dan juga mengajar di sekolah rendah dalam tempoh praktikum. Saya juga merupakan calon rentas dan mendapat keputusan cemerlang praktikum yang saya jalani membuktikan bahawa kaedah pengajaran saya berkesan dan mampu membina murid yang cemerlang. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpandukan ilmu-ilmu pendidikan yang saya peroleh di IPG, saya menerapkan teknik-teknik dan pendekatan yang sesuai dengan tahap keupayaan dan gaya pembelajaran bagi setiap murid. Saya akan menggunakan teknik pembelajaran yang seiring dengan generasi kini iaitu menyelitkan penggunaan IT dalam pendidikan dan menggunakan kaedah pembelajaran interaktif seperti Quizizz, Wordwall dan juga Powerpoint. Teknik nyanyian, penggunaan akronim dan peta minda juga akan digunakan untuk membantu memudahkan pemahaman murid dan mempercepatkan ingatan mereka. Sebagai pendidik, sudah pasti saya akan komited dalam memastikan apa yang saya sampaikan dapat mencapai objektif dan menepati silibus yang ditetapkan serta saya akan berusaha mencapai visi seorang pendidik untuk memastikan kejayaan anak-anak dalam pendidikan.
Subjek
Subjek Tahap
P. Islam Darjah 2, Darjah 5
Mengaji - Iqra Tadika
Jawi Darjah 2