Saya Bibilyana, saya mempunyai pengalaman dalam pemasaran digital dan perniagaan secara atas talian sejak zaman belajar hingga sekarang, saya seorang yang kreatif dan tidak sukakan kaedah pembelajaran yang terlalu panjang atau kompleks. Setiap kali saya mengajar, saya akan pastikan apa yang disampaikan adalah ringkas dan mudah difahami. Saya juga akan beri lebih perhatian jika pelajar dilihat mengalami kesukaran ketika dalam proses pembelajaran.
Teaching Method(s)
Teknik pembelajaran saya akan merangkumi beberapa kaedah seperti improvisasi, main peranan, bercerita dan permainan bahasa. Teknik ini akan berubah berdasarkan subjek atau kriteria para pelajar.