Profile Picture

Siti Nurhaziqah *******

(Online)

Sarjana Muda - Reka Bentuk Dan Teknologi

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Ayer Molek, Melaka

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
PENGENALAN
Assalamualaikum wbt, saya Siti Nurhaziqah binti Azham atau lebih dikenali sebagai Cikgu Haziqah merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Kebangsaan di bawah naungan Institut Pendidikan Guru Malaysia. Saya kini berada dalam tahun kedua pengajian sepenuh masa di IPGM Kampus Keningau, Sabah.

PENCAPAIAN SEKOLAH
Saya merupakan alumni SBT SMKA Sharifah Rodziah, Melaka yang dahulu mengambil pengkhususan Sastera Ikhtisas (aliran Perakaunan). Aktif dalam sukan semasa di bangku sekolah seperti MSSN acara 3000m dan 5000m Jalan Kaki Peringkat Daerah dan Negeri serta MSSN Boling Tenpin Peringkat Daerah, Negeri dan sebagainya. Juga berkecimpung dalam aktiviti Unit Beruniform seperti Pertandingan Kawad Kaki Kadet Polis Peringkat Negeri, Pertandingan Kawad Kaki KASPA Peringkat Kebangsaan dan berbagai lagi. Saya juga merupakan ahli sidang redaksi sekolah yang bertanggungjawab dalam rekaan majalah sekolah.

PENCAPAIAN UNIVERSITI
Saya merupakan mantan Biro Perhubungan Domestik & Antarabangsa Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2023/2024 IPGM Kampus Keningau. Juga pernah mendapat anugerah Ikon Objek Pembelajaran Digital (OPD) atau lebih diketahui sebagai Digital Learning Object dalam istilah Inggeris dan seterusnya mewakili IPGM Kampus Keningau ke peringkat IPGM untuk membentangkan OPD di hadapan panel-panel profesional dari IPGM Kampus lain. Saya mempunyai bakat profesional dalam bidang teknologi digital.

Berpegang teguh kepada konsep ABC iaitu Anak Baik lagi Cerdik yang diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek di mana pembentukan sahsiah diutamakan seiring dengan pembelajaran murid.

Anda mahukan anak anda dilahirkan menjadi insan yang bersahsiah dan berpengetahuan tinggi ? Jom belajar bersama saya.

Teaching Method(s)
Saya juga mahir dalam penyusunan sesuatu tugasan dengan strategik. Saya juga merupakan seorang yang periang, menjadikan suasana pembelajaran akan menjadi lebih seronok. Saya juga mengaplikasikan pelbagai strategi, teknik dan kaedah pengajaran yang telah saya pelajari dan gunakan sepanjang saya menuntut di IPG. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang seronok merupakan kepakaran saya sebagai seorang guru berjiwa pendidik.
Subject
Subject School Level
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Reka Bentuk dan Teknologi Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Jawi Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Mengaji - Al-Quran Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3