mytutor_mobile
Profile Picture

Atika Farahain *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pengajian Islam

Open University Malaysia (Sedang Belajar)

Jasin, Melaka

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Ustazah Farahain. Saya merupakan seorang pendidik di Sekolah Rendah Agama (KAFA). Saya berpengalaman menjadi pendidik selama 4 tahun. Subjek major saya ialah bahasa arab, manakala subjek minor pula adalah sirah dan jawi. Saya juga merupakan guru yang terlibat dalam subjek peperiksaan untuk UPKK. Saya berpengalaman mengajar UPKK subjek bahasa arab selama 4 tahun. Bukan itu sahaja, saya turut melibatkan diri dalam sesi mengajar mengaji Al-Quran dan Iqra.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman menjadi pendidik selama 4 tahun dalam bidang pendidikan, saya menerapkan pelbagai teknik pengajaran yang menarik bergantung kepada tahap keupayaan pelajar. Saya juga mengaplikasi pelbagai kaedah BBM iaitu alat bantu mengajar di dalam kelas bagi menarik minat para pelajar untuk belajar. Antaranya ialah belajar sambil menyanyi, kuiz, permainan dan lain-lain lagi. Saya juga akan memberikan hadiah sebagai ganjaran kepada pelajar jika mereka berjaya menyelesaikan setiap kuiz dengan betul. Ini bagi memberikan semangat dan dorongon kepada mereka untuk terus berusaha dan tidak berputus asa. Saya juga sering kali melaksanakan aktiviti dalam kumpulan supaya sesi pembelajaran itu menjadi semakin menyeronokkan. Pelbagai pendekatan saya gunakan bagi memastikan para pelajar memahami ilmu yang diajar. Kejayaan anak-anak dalam pelajaran merupakan visi utama saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Bahasa Arab Darjah 2, Darjah 5
Asas Fardhu Ain Darjah 3
Jawi Darjah 2