Profile Picture

Nur Farah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Ipg Kampus Pendidikan Teknik)

Tanjong Minyak, Melaka

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Farah merupakan penuntut semasa dan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. Subjek major saya adalah Bahasa Arab manakala subjek minor saya Pendidikan Islam. Saya berpengalaman mengajar di beberapa sekolah seperti SK Putra, SK Panglima Adnan, SK Desa Cempaka sebagai guru Bahasa Arab dan Pendidikan Islam. Saya juga boleh bertutur dalam Bahasa Arab lantas menjadikan saya mahir konten dan silibus pendidikan agama dan bahasa arab. Atas kemahiran tersebut saya mampu menolong para pelajar memahami ilmu Bahasa Arab dan Pendidikan Islam dengan baik dan mudah. Nak skor dalam subjek Bahasa Arab dan Pendidikan Islam? Hubungi saya hari ini
Teknik Pengajaran
Saya mengetengahkan pedagogi pendidikan terkini yang melibatkan penglibatan guru dan murid semasa mengajar. Selain itu, saya juga menggunakan kaedah pembelajaran masteri yang berfokuskan pencapaian murid dalam sesuatu topik kemudian barulah berpindah ke topik berikutnya. Saya juga mengaplikasi pendekatan TPACK memandangkan para pelajar kini sangat tertarik dengan kemajuan teknologi. Tidak ketinggalan juga, saya memasukkan unsur didik hibur agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Keseronokan dan kepuasan belajar adalah matlamat saya ketika mengajar.
Subjek
Subjek Tahap
P. Islam Darjah 6, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Arab Tingkatan 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah Tingkatan 4, Tingkatan 5