mytutor_mobile
Profile Picture

Faedh Ahmed *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Kota Bharu, Kelantan

Institut Perguruan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu/Ustaz Faedh. Saya merupakan seorang tutor novis yang berdedikasi dan mempunyai pengalaman yang pelbagai dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Pendidikan Islam merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, akan tetapi saya juga selalu mengajar bahasa arab, bahasa Inggeris, Matematik dan sains sebagai subjek minor. Berkemahiran dalam memfokuskan tajuk-tajuk penting dan relevan menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar sambil menerapkan unsur-unsur kerohanian. Melahirkan anak murid yang baik lagi cerdik merupakan salah satu matlamat saya. Berminat? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berbekalkan segala ilmu pedagogi yang dipelajari selama 5 tahun di instititut pendidikan guru (IPG), saya sentiasa menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Saya banyak menggunakan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan-pendekatan lain seperti melakar peta minda dan menulis nota ringkas merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Teknik skor A+ SPM bagi subjek pendidikan syariah islamiyyah (PSI) dan pendidikan alquran dan assunnah (PQS) juga merupakan satu kepakaran utama saya bagi pelajar-pelajar SPM. Akhir sekali, memupuk minat dan keinginan untuk belajar yang tinggi dalam diri pelajar merupakan objektif utama saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 6, Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Matematik Darjah 6, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Membaca - BM Darjah 6, Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Melayu Darjah 6, Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Inggeris Darjah 6
Sains Darjah 6, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
P. Islam Darjah 6, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Bahasa Arab Darjah 6, Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Jawi Darjah 6, Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Mengaji - Al-Quran Darjah 6, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Asas Fardhu Ain Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 4
Fardhu Ain Tadika