Profile Picture

Nurhaya Anaqah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Al-quran Dan Al Hadith

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Sedang Belajar)

Teluk Intan, Perak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Ustazah Anaqah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya membaca Al-Quran dengan baik Dan bertajwid. Saya seorang yang ramah dan lemah-lembut namun tegas. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mendapat manfaat daripada setiap sesi kelas bersama saya. Saya juga suka membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi mengaji yang saya jalankan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya akan memantau adik-adik saya membaca Al-Quran dan membetulkan sekiranya mereka tersilap. Bagi saya, tidak mengapa jika masih bertatih-tatih, asalkan kita punya usaha untuk membacanya setiap hari. Semoga adik-adik semua terikat hatinya untuk mendampingi Al-Quran selalu, insya Allah.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Al-Quran Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3