mytutor_mobile
Profile Picture

Christiannie Claysius

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Tesl

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Sedang Belajar)

Papar, Sabah

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Teacher Annie. Saya merupakan seorang bakal graduan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris Perak. Saya akan bergraduasi pada bulan November 2024. Saya seorang yang berdedikasi dan berani mencuba perkara yang baru atau mengajar di tempat yang baru. Saya berpengalaman mengajar di negeri Selangor semasa membuat Latihan Mengajar di SMK KD10. Subjek major saya adalah Inggeris, dan pada masa yang sama saya juga sangat berminat dan berpengetahuan luas dalam bahasa Melayu serta sejarah. Saya berkemahiran dalam membuat dan menyusun RPH yang menarik serta sesuai untuk pelajar di dalam kelas. Saya juga mempunyai kemampuan berkomunikasi yang cemerlang di mana saya mampu menarik minat pelajar terhadap pembelajaran dan bahan-bahan yang Saya sediakan.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya sering gunakan adalah berasaskan 'student centered', atau berfokuskan kepada kemampuan pelajar. Saya lebih suka mendorong pelajar untuk berkongsi pendapat mereka secara bebas dan bersifat 'unlimited' terhadap jawapan atau pandangan yang dikemukakan. Ketika mengajar di SMK KD10, saya telah memperkenalkan penggunaan app kepada pelajar saya iaitu Class Dojo dimana setiap dari pelajar mempunyai 'avatar' tersendiri di dalam app tersebut. Setiap kali pelajar menghantar kerja, atau terlibat aktif di dalam kelas, markah atau point akan diberikan melalui app tersebut. Pelajar boleh melihat markah mereka di dalam app tersebut. Saya memperkenalkan apps tersebut untuk menarik minat pelajar agar terlibat aktif di dalam kelas, dan pada masa yang sama berkomunikasi antara satu sama lain.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 4, Tingkatan 1, Darjah 1, Tingkatan 2, Darjah 6, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Darjah 4, Tingkatan 1, Darjah 1, Tingkatan 2, Darjah 6, Tingkatan 3
Pendidikan Moral Darjah 4
Sejarah Darjah 4, Tingkatan 1
Membaca - BI Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1