Profile Picture

Syafizah Atikah *******

(Online)

Sarjana Muda - Bachelor Degree In Corporate Administration

Universiti Teknologi MARA (Seremban 3) (Ongoing Study)

Skudai, Johor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Syafizah Atikah atau lebih dikenali sebagai Teacher Syafizah. Saya merupakan seorang Pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) namun sering menjadi guru ganti ketika cuti semester. Saya mempunyai pengalaman mengajar pelajar di peringkat Prasekolah & juga di peringkat sekolah rendah. Saya juga berpengalaman menjadi guru ganti di peringkat sekolah Menengah dan digelar sebagai guru muda. Saya mempunyai kebolehan untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau kefahaman dengan cara yang sangat mudah difahami untuk pelbahai peringkat. Buktinya, saya sering menjadi pelajar contoh untuk pembentangan di peringkat Universiti. Saya merupakan seorang yang tegas di dalam sesi pembelajaran kerana ingin melatih seseorang menjadi insan yang cemerlang dan mempunyai berdisiplin yang tinggi.
Subjek major saya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan islam, Penulisan rumi/jawi manakala subjek minor saya ialah matematik & sains. Inginkan anak anda berjaya bermula dari peringkat awal sehingga ke menara gading? Hubungi saya hari ini.

Teaching Method(s)
Saya akan mengenal pasti daya tarikan pelajar sebelum memulakan sesi pembelajaran. Kemudian, saya akan menyediakan beberapa latihan serta nota mengikut daya tarikan pelajar seperti nota warna warni, video, atau latihan berbentuk ‘game’. Saya juga akan menyediakan bahan bacaan atau latihan mengikut perkembangan semasa supaya pelajar lebih tertarik untuk menyertai kelas seterusnya dan tidak merasa bosan. Saya juga akan memberi ruang untuk mereka berehat ketika sesi dijalankan supaya mereka tidak mengalami tekanan dan mengambil masa untuk bertenang dan memahami sesuatu tajuk yang dibincangkan.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Tadika, Darjah 5
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Tadika, Darjah 5
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Tadika, Darjah 5
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 5
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5
Jawi Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Tadika, Darjah 5
Mengaji - Al-Quran Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Mengaji, Darjah 5
Prasekolah - 3M Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Matematik Darjah 2, Tadika
Membaca - BI Darjah 2, Darjah 3, Tadika
Communication & Writing Darjah 4