mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Hana *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Tesl

Management & Science University (Sedang Belajar)

Masjid Tanah, Melaka

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Salam sejahtera kepada semua pelajar yang berminat untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris mereka! Saya Teacher Hana, seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah, amat bersemangat untuk menjadi rakan pembelajaran anda dalam perjalanan meningkatkan kecekapan Bahasa Inggeris. Berdasarkan pengalaman mengajar, saya percaya saya dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan efektif. Saya juga berkebolehan dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Tertarik untuk mencapai skor A dalam Bahasa Inggeris dengan lebih seronok tanpa perlu meninggalkan keselesaan rumah? Jangan risau, saya menyediakan pengajaran secara dalam talian yang interaktif. Hubungi saya sekarang untuk memulakan perjalanan pembelajaran yang efektif dan praktkal.
Teknik Pengajaran
Saya mengutamakan interaksi dua hala yang memberi peluang kepada setiap pelajar untuk berkembang dengan cara yang unik bagi mereka. Saya menggalakkan pembelajaran aktif, penggunaan bahan bantu mengajar yang pelbagai, dan memberikan sokongan yang berterusan. Saya juga mengintegrasikan teknik pengajaran inovatif dengan penggunaan bahan mengajar dalam talian yang interaktif seperti slides yang menarik, mindmap yang mudah difahami, dan permainan pendidikan yang mengasyikkan. Selain itu, saya juga menyediakan sesi kuiz secara berkala sebagai sebahagian daripada penilaian pembelajaran. Saya berharap dapat bekerjasama dengan anda semua untuk mencapai matlamat pembelajaran Bahasa Inggeris anda.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Cambridge - Tahun 7, Cambridge - Tahun 1, Cambridge - Tahun 2, Cambridge - Tahun 3, Cambridge - Tahun 4, Cambridge - Tahun 5, Cambridge - Tahun 6
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3