Profile Picture

Sharifah Nur *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelors Of Education (Teaching English As A Second Language)

Segi University (Sedang Belajar)

Petaling Jaya, Selangor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Miss Tira. Saya merupakan seorang tutor English berdedikasi dan penyabar dalam mendidik pelajar pelajar saya. Saya mengambil jurusan TESL singkatan untuk Teaching English As A Second Language diperingkat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan juga Diploma. Saya telah menjadi guru praktikal di sekolah awam selama 3 bulan semasa diploma dan 6 bulan semasa ijazah sarjana muda. Saya mempunyai hubungan yang sangat rapat dan baik dalam mengajar pelajar pelajar saya yang pada mulanya ramai yang lemah dalam Bahasa Inggeris dan boleh mencapai A semasa peperiksaan selama 6 bulan belajar dengan saya. Saya juga sering membuat tutor tuition bagi pelajar sekolah yang memerlukan bantuan diluar waktu sekolah.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya amat pentingkan kaedah 21st century. Ini disebabkan ianya perlu selari dengan silibus Bahasa Inggeris sekolah yang kini lagi maju kerana telah bertukar dari KSSR kepada CEFR. Saya juga menyediakan modul modul pembelajaran yang mengikut silibus sekolah sama ada ianya ‘Textbook based’ atau tidak. Saya telah mahir dalam menyediakan modul modul pembelajaran ini kerana saya memberikan sepenuh dedikasi ketika mengajar sebagai guru praktikal.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Darjah 2, Darjah 3, Darjah 1, Darjah 4, Cambridge - Tahun 1, Cambridge - Tahun 2, Cambridge - Tahun 3