Profile Picture

Saidatul Balqis *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Sijil Tinggi Agama Malaysia

Sekolah Menengah (Telah Bergraduasi)

Sungai Petani, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Ustazah Balqis. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 4 tahun dalam mendidik pelajar taska, pelajar tadika, pelajar kafa dan juga pelajar yang mengaji secara atas talian. Subjek agama merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala subjek minor saya merupakan subjek pembelajaran pelajar tadika 4,5 dan 6 tahun. Berkemahiran dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak cemerlang dan mahir dalam bacaan Al Quran dan Iqra' serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 4 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan secara berterusan atau mengulang bacaan juga kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek terutama sekali dalam bacaan Al Quran dan Iqra'. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak pelajar dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai seorang pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Al-Quran Mengaji