mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Anis *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Pengurusan Operasi Maritim

Universiti Malaysia Terengganu (Sedang Belajar)

Tumpat, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Anis, saya merupakan seorang tutor matematik bagi pelajar sekolah rendah. Saya merupakan seorang tutor yang ceria dan berdedikasi dalam melaksanakan perkerjaan termasuklah dalam mengajar. Saya seorang yang bersikap terbuka. Contohnya, saya bersedia untuk menerima maklum balas dan cadangan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Saya juga seorang yang bersikap optimisme dalam mengajar. Dengan menyemaikan sikap ini dapat memberikan sokongan dan dorongan untuk mengatasi cabaran dan mencapai matlamat para pelajar. Selain itu, saya juga tegas dalam mengajar supaya para pelajar boleh kekal fokus di dalam kelas dan memahami material yang sedang diajarkan.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya ialah belajar secara have fun, saya akan mengajar menggunakan bahan yang sesuai yang berkaitan dengan subjek tersebut, seperti mencari bahan di internet ataupun melalui buku teks para pelajar, memberikan tugasan selepas sesi dijalankan agar pelajar dapat merefresh kembali apa yang telah dia pelajari, melalui tugasan ini juga, para tutor dapat mengesan sama ada pelajar tersebut faham atau tidak dengan pembelajaran itu. selain itu saya juga akan beberapa teknik termasuk permainan pembelajaran. Contohnya permainan kad matematik. Ini akan mengajar pelajar cara untuk penambahan, pengurangan, perkalian dan pembahagian. Ini akan menarik minat pelajar untuk belajar. Saya juga akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan cara memberi bintang atas setiap kerja yang dilakukan dengan benar. Hal ini dapat memberi semangat kepada pelajar untuk lebih berusaha dalam belajar.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6