About Me
Saya merupakan seorang yang suka berkongsi ilmu dan sangat tegas semasa mengajar.Kefahaman orang yang diajar merupakan satu kepuasan kepada saya.Meskipun saya merupakan sorang tutor yang masih muda,saya mempunyai pelbagai pengalaman dalam menjadi guru muda kepada kawan kawan saya.Saya juga pernah menjadi mentor kepada remaja belasan tahun dalam mata pelajaran matematik tambahan.Saya meminati mata pelajaran matematik dan sains dan saya percaya dengan minat ini saya dapat menerangkan lebih jelas kepada murid saya sekaligus menarik minat mereka ke arah subjek berikut.
Teaching Method(s)
Saya gemar menggunakan teknik mentor mentee kerana teknik ini lebih santai.Murid juga berasa lebih mesra serta tidak kekok untuk bertanya soalan.Teknik yang separa formal ini juga tidak menjadikan murid cepat berasa bosan dan lebih minat untuk menghadiri kelas.