mytutor_mobile
Profile Picture

Saqif Hazim *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Kewangan

Universiti Teknologi MARA (Bandaraya Melaka) (Sedang Belajar)

Bukit Katil, Melaka

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Hazim. Saya seorang tutor dengan pengalaman 9 bulan dalam mengajar subjek Matematik sekolah rendah dan menengah. Saya juga pernah menjadi guru mengaji selama 6 bulan di mana saya pernah mengajar pelajar-pelajar dari umur 7 hingga umur 60 tahun. Saya seorang yang amat dedikasi dalam memberikan pengajaran efektif dengan mengajar pelajar mengikut kemampuan pembelajaran mereka. Saya juga suka menghiburkan pelajar di samping tegas dalam pengajaran supaya pelajar kekal fokus dan minat akan subjek yang dipelajari mereka.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan beberapa teknik pengajaran untuk terus mengekalkan keberkesanan dan keberhasilan tutor yang saya berikan kepada pelajar. Antara yang saya guna ialah didik hibur, di mana dalam pidato pengajaran saya, saya selit sedikit cerita analogi yang menggelikan hati mereka untuk bagi mereka faham maksud saya dalam memberi pemahaman dalam sesebuah subtopik. Selain itu, saya juga gunakan teknik tegas dengan kasih sayang. Di mana ada kalanya pelajar tahu saya guru yang baik, mereka ambil kesempatan dengan saya dengan lambat buat kerja dan boleh bergurau dengan saya tatkala saya serius, jadi saya bertegas dengan mereka dengan memberikan denda sekiranya tidak menyiapkan tugasan yang saya berikan disamping sentiasa mengingatkan mereka tentang rasa hormat pada guru, disiplin dan dedikasi dalam pembelajaran
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 3, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Darjah 5
Mengaji - Al-Quran Mengaji