mytutor_mobile
Profile Picture

Muhamad Amin *******

(Dalam Talian)

Sijil Pelajaran Malaysia(spm) - Bahasa Melayu (Major) Dan Sejarah (Minor)

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Nibong Tebal, Pulau Pinang

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Muhamad Amin Haziq Bin Mohamad Shahrin. Saya seorang guru pelatih yang berusaha untuk mendalami ilmu perguruan. Saya seorang yang sangat baik dalam mendidik dan berusaha sedaya upaya untuk memastikan pelajar saya memahami apa yang mereka pelajar. Saya juga seorang yang sangat bertanggungjawab dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberikan khususnya bagi membantu meningkatkan kualiti pendidikan murid-murid. Tujuan utama saya memasuki bidang pendidikan ini adalah untuk memastikan semua murid mendapatkan taraf pendidikan yang adil dan berkualiti. Setiap usaha yang saya laksanakan dalam bidang pendidikan ini adalah untuk menyalurkan idea dan usaha saya sepenuhnya untuk menaik taraf pendidikan anak-anak di Malaysia.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya aplikasikan dalam PdP saya ialah kaedah didik hibur iaitu belajar sambil bermain. Saya mendapati bahawa teknik ini merupakan salah satu strategi pengajaran yang paling digemari oleh murid kerana semua murid terlibat secara aktif semasa pembelajaran. Merekadapat berhibur sambil belajar dan perkara ini dapat mengelakkan daripada kebosanan. Misalnya, saya menerapkan teknik nyanyian dalam pengajaran bahasa Melayu mahupun Sejarah. Teknik ini juga berupaya untuk membantu murid untuk memahami setiap isi pelajaran dengan lebih mudah. Selain itu, saya juga akan menggunakan kaedah pembelajaran berbantukan komputer. Antara aplikasi pembelajaran yang boleh dilaksanakan ialah gamifikasi dan paparan nota serta latihan secara videografi.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 3, Darjah 4, Darjah 2, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sejarah Darjah 4, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3