Profile Picture

Fatin Syazwani *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Accounting

Kolej Poly-Tech MARA (Bangi) (Telah Bergraduasi)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang menyeronokkan dan peramah. Saya mempunyai pengalaman yang sangat singkat sebagai seorang guru ganti di sekolah rendah agama. Saya minat dalam bidang perguruan ini adalah kerana bagi saya ia merupakan satu perbuatan yang sangat mulia. Selain itu, bidang ini juga boleh memupuk generasi sekarang menjadi seorang insan yang sangat berguna untuk negara kelak. Oleh itu, saya rasa bertanggungjawab bagi mendidik mereka menjadi pelajar yang cemerlang dan berjaya pada masa hadapan. Tambahan lain, saya juga pandai mengambil hati para pelajar seiring dengan umur mereka bagi menarik minat dan perhatian dalam pembelajaran. Disamping pembelajaran itu menyeronokkan, pelajar juga boleh menjadi lebih rapat dengan saya dan membuatkan sesi pembelajaran itu lebih mudah.
Teknik Pengajaran
Berbekalkan pengalaman yang sangat singkat, saya menggunakan kaedah didik hibur yang menyeronokkan bagi menarik minat pelajar sesuai keperluan subjek dan peringkat umur mereka. Ia juga memudahkan proses pembelajaran dan membuatkan para pelajar berupaya memahami dan mengingati ilmu yang dipelajari. Kadang kala, saya juga mengamalkan kaedah lagu dan nyanyian untuk digunakan dalam teknik mengingati formula dan teknik membaca supaya mudah diaplikasikan dalam pembelajaran mereka.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Tadika
Membaca - BI Darjah 1, Tadika
Membaca - BM Darjah 1, Tadika
Bahasa Melayu Darjah 1, Tadika
Bahasa Inggeris Darjah 1, Tadika
Sains Tadika, Darjah 1
Jawi Tadika, Darjah 1
P. Islam Darjah 1