mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Asyraf *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pengurusan Teknologi Dengan Kepujian

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Sedang Belajar)

Kepala Batas, Pulau Pinang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang sentiasa ceria dan berdedikasi. Semangat saya dalam mengajar dan mendidik anak-anak muda sangat tinggi kerana saya mahu melihat mereka berjaya. Saya seorang yang ramah, tidak terlalu tegas tetapi akan tegas pada waktu yang sesuai. Saya sentiasa akan memastikan pelajar dapat mencapai matlamat mereka dalam pelajaran. Saya boleh memberikan sokongan moral jika pelajar saya berasa sedih dengan pencapaian mereka. Saya juga pandai berjenaka dengan pelajar supaya dapat mengambil hati mereka dalam pelajaran. Jika ingin anak anda berminat untuk belajar, jadikan saya tutor anda.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik pengajaran ynag ceria dan tegas supaya pelajar saya tidak mudah bosan dalam pembelajaran. Saya juga menyediakan beberapa teknik yang boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah matematik dengan mudah. Saya juga menggunakan teknik 30/5 iaitu 30 minit belajar dan 5 minit rehat supaya pelajar tidak terlalu letih ketika belajar. Otak pelajar perlu ada kadar rehat yang mencukupi supaya mereka dapat fokus dengan baik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tadika
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1