mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Syazwani *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Keusahawan (pelancongan) Dengan Kepujian

Universiti Malaysia Kelantan (Pengkalan Chepa) (Sedang Belajar)

Balik Pulau, Pulau Pinang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya seorang yang suka berkongsi ilmu walaupun ilmu pengetahuan saya tidak sehebat guru-guru yang lain tapi insyaallah saya mampu untuk mengajar generasi-generasi sekarang mengikut keadaan semasa. Saya juga merupakan seorang pelajar ijazah sarjana muda dalam bidang keusahawanan pelancongan dan sekarang sudah masuk tahun akhir dan akan tamat pengajian pada awal bulan 7, 2024. Sekarang, saya membuat latihan industri di Snway lost world of tambun sebagai (guest service & ticketing). Kelebihan yang saya ada ,saya boleh berbahasa melayu dan bahasa inggeris, Saya seorang yang mudah bergaul dengan orang dan suka berinteraksi dengan orang ramai. Saya juga boleh mengawal setiap situasi secara profesional.
Teknik Pengajaran
1. Belajar atas talian - setiap soalan dan pengurusan antara tutor dan student akan dijalankan secara talian
2. Perkongsian ilmu mengikut had - saya akan mengajar mengikut kemampuan atau permasalahan yang dilalui oleh pelajar secara perlahan-lahan
3. Menerapkan (peta minda) - peta minda membantu pelajar mengingat perkara-perkara yang penting dalam setiap silibus dan mudah difahami
4. Penggunaan VR ( mengikut kesesuai subjek) - hal ini mungkin digunakan sekali sekala untuk elakkan student bosan dengan pembelajaran mungkin pendekatan yang boleh digunakan adalah mengenali tokoh-tokoh tertentu Mengikut silibus
5. Lebihkan dalam kerja berkumpulan - ini untuk melihat pelajar boleh bekerja berkumpulan atau tidak dan perkara ini perlu diterapkan untuk mereka berfikir secara rasional dan adil semasa pemberian idea, sokongan, bantahan ataupun penambahan idea.
6. Soalan KBAT - perlu diterapkan mengikut silibus yang diajar untuk melihat tahap pemikiran pelajar perlu dipraktis untuk memudahkan pelajar mencetus banyak idea dan ilmu pengetahuan
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 3, Darjah 4, Darjah 1
Membaca - BM Darjah 3, Darjah 1
Bahasa Melayu Darjah 3, Darjah 4