About Me
Saya Cikgu Farzana, merupakan bekas graduan dalam jurusan Pengurusan Logisitik dan Rantaian Bekalan. Saya seorang yang berdedikasi tinggi dalam memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak murid saya. Selain itu, saya mampu menginspirasi dan memotivasi murid untuk belajar dan berkembang secara positif.
Subjek utama saya adalah Bahasa Melayu. Saya lebih fokus kepada Subjek sekolah rendah.
Sebagai guru, saya tidak hanya mengajar dalam masa yang sama saya juga memahami dan sentiasa membantu murid sehingga mencapai tahap yang cemerlang.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya gunakan adalah menggunakan pengajaran visual misalnya memanfaatkan gambar atau diagram serta menggunakan kaedah penceritaan. Selain itu, saya turut menggunakan kaedah mengajar sambil menghibur supaya murid tidak bosan sepanjang pembelajaran.