mytutor_mobile
Profile Picture

Nik Nurain *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Sedang Belajar)

Marang, Terengganu

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya tutor Natasha dan merupakan seorang mahasiswa yang berkelulusan dalam ijazah sarjana muda pendidikan jasmani dan kesihatan di UiTM. Saya memilih bidang ini sebagai keutamaan kerana sikap dedikasi dalam diri dan minat saya dalam mengajar pelajar-pelajar. Alhamdulillah, sekarang saya telah masuk tahun ketiga dalam perjalanan ijazah sarjana muda. Saya boleh mengajar subjek pendidikan jasmani, sains,pendidikan agama islam, bahasa melayu dan sejarah. Hal ini demikian kerana, subjek pendidikan jasmani dan sains merupakan major dalam bidang yang telah saya ceburi. Dalam masa yang sama, saya boleh mengajar subjek pendidikan agama islam, bahasa melayu dan sejarah kerana subjek-subjek tersebut merupakan subjek kegemaran saya sewaktu sekolah menengah dan saya kerap mendapat markah yang tinggi dalam subjek berkenaan dan mendapat A sewaktu SPM. Saya sentiasa akan memperbaharui teknik mengajar saya kerana setiap semester saya akan belajar psikologi dan kaedah yang betul untuk menarik minat pelajar pelajar. Saya menggunakan teknik membaca, mengkaji dan sentiasa melihat kepada soalan- soalan HOTS dan KBAT agar pelajar mendapat pencerahan yang lebih terperinci ketika mengikuti kuliah yang telah saya sediakan. Saya juga mempunyai pengalaman dalam mengajar iqra’ dan mengaji bagi murid sekolah rendah kerana saya telah mempunyai pengalaman selama 2 tahun mengajar murid murid berkenaan di Darul Quran ketika setiap kali cuti semester.
Teknik Pengajaran
Saya yakin dan percaya dengan kaedah dan pengalaman yang saya akan berikan dan dikongsikan kepada para pelajar akan menghasilkan keberkesanan yang efektif kepada para pelajar. Dalam masa yang sama, saya sentiasa akan meningkatkan usaha dan prestasi untuk menarik minat para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun saya memilih platform online, perkara ini bukan menjadi halangan untuk saya gunakan ABM seperti slides, powertoon, Canva, Carian Google, Foto dan juga daripada sumber youtube bagi membantu pelajar dalam proses mengingat dan faham topik berkenaan. Semasa induksi, saya akan bertanyakan terlebih dahulu kepada para pelajar mengenai kesukaran topik dan pencapaian mereka dalam subjek berkenaan. Selepas daripada itu, saya akan melakukan sedikit perbincangan kepada para pelajar dan meneruskan proses pembelajaran. Sebelum kelas berakhir, saya akan menggunakan teknik recall dan memberikan kata kunci yang menarik agar dapat meningkatkan lagi daya kefahaman dan ingatan dalam diri setiap pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 4, Tingkatan 2
Mengaji - Iqra Darjah 6, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Sains Tingkatan 3
Sains Sukan Universiti - Diploma
Sejarah Tingkatan 4
Bahasa Melayu Tingkatan 4