mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Athirah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Pengurusan Dan Teknologi Pejabat

Universiti Teknologi MARA (Alor Gajah) (Telah Bergraduasi)

Sentul, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Nur athirah bt Amirruddin. Saya merupakan seorang graduan daripada Universiti Teknologi Mara dalam bidang Diploma pengurusan dan teknologi pejabat. Saya seorang yang sangat ceria dan berdedikasi, saya sangat meminati Bahasa Melayu kerana ibu saya seorang guru dan ketua bidang bahasa di sekolah SMK Batu Muda. Ibu saya berpengalaman selama 20 tahun mengajar dalam bidang bahasa di sekolah menengah dan 10 tahun mengajar di sekolah rendah, pada permulaan saya menceburi bidang ini, ibu saya banyak membantu saya sehingga saya mahir dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saya berpengalaman selama 2 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah. Saya juga membuat kerja sambilan sebagai seorang guru tuisyen peribadi dan telah mengajar lebih daripada 10 murid sekolah rendah dalam subjek Bahasa Melayu. Berkemahiran dalam mendekati murid menjadikan saya seorang pendidik yang sangat rapat dan sangat penyayang. Hal ini membuatkan mereka lebih bersemangat dan lebih berminat untuk belajar. “Nak anak skor cemerlang dan lebih bersemangat untuk belajar? Hubungi saya hari ini.”
Teknik Pengajaran
Saya mengunakan kaedah pandang dengar dan didik hibur untuk memastikan murid belajar dengan gembira dan pada masa yang sama fokus. Saya menyediakan banyak contoh-contoh karangan dan juga contoh soalan yang dapat membantu murid untuk lebih faham. Saya juga akan memastikan murid belajar dalam keadaan tenang dan Seronok.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 6, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3