Profile Picture

Muhammad Faris *******

(Online & Physical)

Diploma / Stpm - Diploma Perguruan Pendidikan Islam

Universiti Islam Selangor (Graduated)

Teluk Intan, Perak

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Nama diberi Faris, saya merupakan seorang pelajar yang berkelulusan Diploma Perguruan (Pendidikan Islam), Oleh itu, elemen2 dan konsep2 dan psikologi berkaitan pendidikan telah pun dipelajari oleh saya sewaktu zaman diploma dahulu di Universiti Islam Selangor (UIS).

Saya juga telah mendapat pengalaman mengajar di sekolah rendah secara bersemuka selama 9 bulan dan berhenti bekerja sebagai guru kerana melanjutkan pelajaran pada peringkat Ijazah Sarjana Muda (Syariah) di Universiti Malaya.

Berbekalkan pengalaman mengajar di sekolah dan berkelulusan dalam bidang pendidikan, saya amat berdedikasi dalam mendidik anak bangsa ke arah kebaikan berdasarkan kepada adab dan akhlak yang terpuji yang perlu diterapkan pada anak-anak masa kini.

Teaching Method(s)
Terdapat pelabagai teknik pengajaran yang boleh diamalkan oleh setiap guru. Antara teknik pengajaran yang sering digunakan oleh guru adalah menggunakan BBM iaitu Bahan Bantu Mengajar untuk menarik minat murid. Contohnya, pada kelas fizikal guru boleh menterjemahkan silibus dan isi pengajaran dalam bentuk gambar, video yang lebih menarik. Dalam kelas “online” pula guru boleh mempelbagaikan contoh dalam bentuk animasi / video yang dapat menarik minat murid khususnya murid yang berada pada tahap sekolah rendah. Aktiviti yang menarik juga dapat dilakukan dengan wujudnya BBM. Contohnya, guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dengan berbekalkan gambar dan poster kemudian setiap kumpulan perlu menyesuaikan poster yang diberikan pada papan putih berdasarkan kepada isi kandungan pembelajaran. Hal ini penting untuk meningkatkan psikomotor / pergerakan agar murid sentiasa cergas dan tidak mudah bosan dalam pembelajaran.

Teknik seterusnya, guru juga boleh mengadakan kelas dengan memberikan sedikit ganjaran jika murid mencapai objektif pembelajaran seperti memberikan gula-gula dan pelbagai lagi.

Teknik menggunakan lagu juga dapat menarik perhatian pelajar agar lebih mudah untuk mengingat fakta dan isi kandungan pelajaran. Contohnya, irama lagu yang popular dalam kalangan murid akan diambil dan ditukarkan lirik lagu tersebut dengan isi pembelajaran yang sesuai.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Al-Quran Darjah 6, Mengaji
P. Islam Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Arab Darjah 3, Darjah 1, Darjah 2
Syariah Islamiah Tingkatan 1