mytutor_mobile
Profile Picture

Rosyidah Aqilah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pengajian Islam Dan Bahasa Arab

Universiti Al Azhar Mesir (Telah Bergraduasi)

Seri Manjung, Perak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Ustazah Aqilah. Saya merupakan seorang guru yang berdedikasi dan mempunyai pengalaman selama hampir 3 tahun di dalam bidang pendidikan. Merupakan seorang gradunita dari salah sebuah institusi di Mesir dalam jurusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Kini, berkhidmat sebagai guru di salah sebuah sekolah antarabangsa di Perak. Subjek Pendidikan Islam merupakan subjek utama yang diajar oleh saya di sekolah. Selain itu, saya juga merupakan guru bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains bagi murid sekolah rendah. Berkemahiran dalam penyusunan modul juga kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik menjadikan saya dapat melahirkan anak didik yang cemerlang. Pelbagai teknik dan modul pengajaran yang telah saya gunakan bukan hanya tertumpu pada kelas fizikal tetapi juga pada kelas secara atas talian. Anda ingin tingkatkan tahap pencapaian dan skor anak anda dalam peperiksaan ? Hubungi saya sekarang.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama hampir 3 tahun di dalam bidang pendidikan, saya banyak menerapkan kaedah pembelajaran mengikut tahap keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik pembelajaran kreatif dan menarik dengan meneroka pelbagai aplikasi masa kini yang mampu membantu para pelajar untuk lebih memahami sesuatu topik dengan baik. Aplikasi yang menarik telah saya gunakan sebagai guru untuk membantu pengajaran saya antaranya Wordwall, Blooket dan banyak lagi. Keputusan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Arab Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5
Bahasa Tamil Darjah 5
Jawi Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Cambridge - Tahun 1, Cambridge - Tahun 2