Profile Picture

Nurul Badrina *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Pendidikan Awal Kanak-kanak

Kolej Poly-Tech MARA (Kota Bharu) (Telah Bergraduasi)

Kulim, Kedah

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang beramanah serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk cemerlang di masa hadapan. Saya seorang yang ramah namun tegas dalam tugas mendidik. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mampu menguasai kemahiran subjek yang dipelajari. Saya juga seorang yang lemah-lembut dalam percakapan dan pandai mengambil hati pelajar agar mereka bersemangat dalam sesi pembelajaran. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya mengunakan kaedah belajar sambil bermain untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan dan mudah menumpukan perhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya juga menyediakan teknik pemahaman yang mudah serta cara menguasai kemahiran subjek dengan baik untuk memastikan anak didik saya dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dengan mudah. Saya juga menggunakan teknik tertentu untuk membantu saya mengigati sesuatu perkara dengan mudah.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1
Mengaji - Iqra Darjah 1