mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Shakirah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu (sk)

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Port Dickson, Negeri Sembilan

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Shakirah. Saya merupakan pelajar sarjana muda bidang pendidikan di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Subjek Bahasa Melayu merupakan subjek major saya manakala bagi subjek minor, saya menerima latihan untuk mengajar Pendidikan Khas (Bahasa Melayu, Matematik & PJPK). Saya menerima latihan untuk mengajar Bahasa Melayu sesuai dengan tahap dan umur murid sekolah rendah. Saya juga belajar tentang psikologi kanak-kanak bagi memenuhi keperluan belajar mereka. Saya juga berupaya untuk meningkatkan disiplin pelajar dan memberi motivasi kepada mereka agar mereka sentiasa tertarik untuk mengikuti sesi pembelajaran.
Teknik Pengajaran
Bagi memastikan pelajar sentiasa mengikuti pembelajaran, saya akan menggunakan pelbagai teknik mengajar supaya sesi pembelajaran menjadi lebih berkesan. Antaranya, didik hibur. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, penggunaan teknik yang betul dan sesuai penting untuk perkembangan bahasa murid. Kemahiran literasi bahasa Melayu juga tidak melibatkan kemahiran membaca sahaja, tetapi kemahiran lisan, tatabahasa dan aspek seni bahasa.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Sains Darjah 1
Bahasa Inggeris Darjah 1