Profile Picture

Noor Farhana *******

(Online)

Sarjana Muda - Pendidikan Awal Kanak-kanak

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Bandar Penawar, Johor

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya seorang guru prasekolah di SK Sungai Rengit. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama 1 tahun 2 bulan. Sepanjang menjadi guru selama 1 tahun saya telah mendapat Anugerah Pengurusan Kualiti Prasekolah daerah Kota Tinggi tahun 2023 serta telah berjaya membimbing murid prasekolah ke pertandingan hafazan peringkat kebangsaan mewakili Johor. Saya seorang yang ceria dan mudah mesra dengan kanak-kanak. Saya juga bersemangat dalam memastikan murid-murid saya menguasai 3M sebelum masuk ke tahun 1. Saya juga telah mempelajari Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah tahun 1-2 sebagai panduan dalam Pdpc saya. Saya boleh mengajar murid prasekolah untuk menguasai 3M dan semua tunjang pembelajaran, murid tahun 1 dan 2 bagi mata pelajaran (Bahasa Melayu, Matematik, dan Sains). Saya juga mempunyai pengalaman menjadi tutor mengaji online selama 2 tahun. Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Terima Kasih.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang sering saya gunakan adalah didik hibur bagi menarik perhatian murid. Saya juga suka menggunakan teknik bermain dalam sesi Pdpc saya memandangkan murid saya adalah dalam kalangan kanak-kanak. Teknik bermain ini juga boleh dijalankan secara dalam talian iaitu menggunakan aplikasi permainan (game) untuk menilai kefahaman dan tahap pencapaian murid. Teknik bercerita juga terapkan dalam pengajaran saya memandangkan kanak-kanak mempunyai imaginasi yang tinggi dan dapat menigkatkan kemahiran komunikasi murid apabila bersoal jawab semasa bercerita. Teknik lain yang saya gunakan adalah menggunakan bahan, murid-murid lebih cepat mengusai dan faham dengan adanya bahan bantu mengajar yang maujud.
Subject
Subject School Level
Prasekolah - 3M Tadika
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Membaca - BM Tadika
Sains Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2