mytutor_mobile
Profile Picture

Siti Zulaika *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Perakaunan

Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu) (Sedang Belajar)

Sandakan, Sabah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Zulaika. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dalam mendidik dan mula mengajar sejak 10 tahun yang lalu. Bidang perakaunan merupakan bidang yang saya ceburi semasa saya mengambil Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Manakala, Matematik merupakan subjek kegemaran saya sejak saya di bangku sekolah dan saya bangga menjadi rujukan subjek Matematik juga Perakaunan di dalam kelas saya sebelum ini. Saya berkemahiran dalam memberi kefahaman kepada mereka yang kurang memahami bidang Matematik dan Perakaunan. Tambahan lagi, saya berkebolehan dalam membangun sahsiah dan memotivasi para pelajar. Ingin tingkatkan kemahiran dalam menyelesaikan masalah? Hubungi saya segera!
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya praktikkan adalah dengan menyusun langkah kerja untuk memastikan pelajar faham akan cara menyelesaikan permasalahan yang ada serta mengaplikasikannya. Kefahaman pelajar dalam bidang Matematik dan Perakaunan adalah hal yang asas namun sangat penting untuk membolehkan pelajar mengaplikasikan kefahaman serta kemahiran mereka ke atas persoalan yang lain. Pelbagai jenis soalan diberikan untuk dibincangkan dan menguji tahap kefahaman pelajar. Kefahaman pelajar terhadap perkara yang mereka anggap susah sebelumnya adalah satu kepuasan bagi saya sebagai pengajar.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 5, Darjah 6
Mengaji - Iqra Dewasa, Darjah 6
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4