mytutor_mobile
Profile Picture

Hanis A'rifah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains Pentadbiran

Universiti Teknologi MARA (Sungai Petani) (Telah Bergraduasi)

Alor Setar, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan lepasan Ijazah Kelas Pertama Sarjana Muda dalam bidang Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi. Saya mahir dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan sedikit pengetahuan dalam Bahasa Mandarin. Saya merupakan seorang yang positif, berwawasan dan mampu bekerja dibawah tekanan untuk mengendali pelajar yang terdiri daripada pelbagai karakter. Saya sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan nilai diri untuk pembangunan diri yang lebih baik dari hari ke hari. Visi saya di myTutor adalah menggalakkan perkembangan menyeluruh dalam diri pelajar dengan menyeimbangkan aktiviti yang serasi dengan minda pelajar bagi mencapai target dan objektif setiap anak didik.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar sentiasa bersemangat, tidak jemu dalam pembelajaran dan mewujudkan pembelajaran yang interaktif. Saya fokus pada kaedah peta minda dan literasi midea bagi memastikan pelajar lebih mudah faham. Saya menggunakan platform Google Meet bagi sesi pembelajaran serta Google Drive bagi bahan pembelajaran dan pengajaran. Saya juga bakal menggunakan kreativiti dan inovasi selaras dengan kemampuan serta memberi tumpuan kepada kelemahan dan kelebihan pelajar untuk meningkatkan tahap prestasi pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 6