mytutor_mobile
Profile Picture

Mohd Taufik *******

(Dalam Talian)

Doktor Falsafah(phd) - Kejuruteraan Mekanikal

Nagoya University (Telah Bergraduasi)

Krubong, Melaka

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Dr. Taufik. Saya merupakan tutor yang bersemangat tinggi dan berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang pendidikan dan pengajian tinggi. Berlatarbelakangkan pendidikan dalam bidang kejuruteraan mekanikal, menjadikan saya mahir dan berkebolehan untuk mengajar bukan sahaja subjek-subjek asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik, malah subjek-subjek teknikal seperti Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Lukisan Kejuruteraan dan lain-lain. Selain itu, saya juga berkebolehan untuk mengajar Bahasa Jepun bagi mereka yang berminat. Ini kerana kedua-dua sijil Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) saya lakukan di Jepun.
Teknik Pengajaran
Bagi memastikan pelajar memahami dan menguasai sesebuah subjek, saya akan pastikan pelajar menguasai asas dan konsep penting pada subjek yang dipelajari. Selain itu, penggunaan peta minda akan digunakan bagi membantu pelajar untuk mengingat dan menghadam sesuatu topik pelajaran. Penggunaan akronim juga akan digunakan bagi subjek yang bersesuaian bagi membantu pelajar mengingat dengan mudah dan bersistematik.
Subjek
Subjek Tahap
Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4, Tingkatan 5, Universiti - Ijazah Sarjana Muda
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Jepun Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Mengaji