mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Jannah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Office Systems Management

Universiti Teknologi MARA (Bandaraya Melaka) (Sedang Belajar)

Masai, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Nurul Jannah Binti Shaharuddin dan berasal dari Johor Bahru. Saya sedang melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat di UiTM Bandaraya Melaka dan saya juga mempunyai kelulusan Diploma dalam bidang Pengurusan Perkhidmatan Makanan. Saya merupakan seorang tutor yang mempunyai potensi dalam menggalakkan anak didik memahami sesuatu subjek yang mereka pelajari dengan lebih baik dan mengasah kebolehan mereka. Saya juga bersemangat untuk memberi sokongan kepada anak didik untuk mencapai matlamat mereka dalam pelajaran. Saya percaya bahawa anak didik mempunyai potensi yang baik untuk mencapai keputusan yang bagus pada masa hadapan.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan kaedah pengajaran dengan menyediakan nota ringkas kepada anak didik supaya mereka dapat memahami apa yang akan dipelajari. Selain itu, saya jugak akan membuat kuiz untuk mengenal pasti tahap kefahaman mereka dalam setiap pelajaran yang mereka telah pelajari. Saya juga akan mengadakan sesi soal jawab bersama anak didik.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1
Matematik Tadika, Darjah 1
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2