mytutor_mobile
Profile Picture

Soleh Toha *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Usuluddin & Falsafah

Universiti Kebangsaan Malaysia (Telah Bergraduasi)

Lembah Pantai, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Ustaz Soleh. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 2 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekarang masih berkhidmat di sekolah. Subjek Pendidikan Islam merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, namun saya berpengalaman dalam mengajar Matematik Tahap 2 (sekolah rendah). Berkemahiran dalam kaedah sumbang saran menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Hubungi saya jika memerlukan khidmat saya.
Teknik Pengajaran
Antara teknik pengajaran yang saya aplikasikan ialah :
1. Pemahaman - Pemikiran yang diperolehi hasil dari bacaan, kajian dan hafazan.
2. Ulangan - Pembacaan atau mengingati sesuatu secara berulang ulang
3. Latih tubi - Pengulangan fakta-fakta atau kemahiran yang hendak dicapai
4. Talaqqi- Kaedah yang digunakan dalam kemahiran tilawah al-Quran
5. Inkuiri- Dikenali sebagai teknik ‘tinjau siasat’ . Ia merangkumi proses soal selidik daripada jawapan yang dikemukan oleh soalan dan masalah
6. Cerita- Kaedah berunsur penceritaan yang menarik
7. Perbincangan - Melatih pelajar memberikan pendapat melalui sesuatu topik yang ditetapkan
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 6
P. Islam Darjah 6
Bahasa Arab Darjah 6
Jawi Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Darjah 6
Asas Fardhu Ain Darjah 6