mytutor_mobile
Profile Picture

Ahmad Baihaqi *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Fizik

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Telah Bergraduasi)

Pasir Mas, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang sentiasa berusaha membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang tegas tapi tidak garang. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya juga suka berkongsi dengan anak didik saya tentang kelebihan mendalami setiap ilmu yang kita pelajari dan fungsi ilmu tersebut dalam kehidupan harian kita. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Saya akan selalu membuat refleksi dan menambahbaik teknik pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya mengunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Saya juga menyediakan menyediakan bahan-bahan grafik seperti gambar, video dan quiz bagi membantu perkembangan dan pemahaman pelajar. Saya akan sering melakukan kaedah pembelajaran dua hala melalui soal jawab untuk melihat tahap kefahaman pelajar. Setiap akhir pembelajaran, sesi refleksi akan diadakan bagi mengimbas kembali definisi, formula dan pengiraan yang dipelajari serta merumus setiap objektif pembelajaran yang telah atau belum dicapai.
Subjek
Subjek Tahap
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5