mytutor_mobile
Profile Picture

Arifah Ariffin

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Physiotherapy

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Telah Bergraduasi)

Johor Bahru, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Arifah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi & berpengalaman selama 3 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di Pusat Tuisyen. Subjek Matematik merupakan subjek major saya dalam bidang pengajaran, manakala Sains, Biologi dan Asas Mengaji merupakan subjek minor. Selain mengajar di dalam kelas berkumpulan besar, saya juga berpengalaman dalam menjadi personal tutor 1 to 1. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi & minat pelajar terhadap sesuatu pelajaran. Nak anak tingkatkan prestasi pelajaran mereka serta tingkatkan keyakinan & minat mereka dalam belajar? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Minat terhadap Matematik sejak dibangku sekolah lagi, menjadikan saya seorang yang berpengalaman dalam mengajar rakan sebaya & anak-anak dalam Matematik dengan cara mudah & ringkas. Pengalaman belajar dalam bidang Sains Kesihatan menjadikan saya, mempunyai pengalaman dalam menerapkan teknik peta minda & akronim serta memahami konsep pelajaran Sains & Biologi dan teknik berkesan menjawab soalan peperiksaan. Saya juga menerapkan teknik-teknik menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Dewasa