Profile Picture

Nurul Najwa *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Matematik

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kuantan) (Telah Bergraduasi)

Sungai Buloh, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya cikgu Najwa, berkemahiran dalam pengajaran Matematik sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya juga berpengalaman mengajar pelajar autism rendah tentang sifir dan asas matematik sekolah rendah sehingga pelajar mampu menguasai 60% pembelajaran matematik lebih baik daripada permulaan kelas. Selain itu, saya juga berkemahiran dalam pengajaran Bahasa Melayu terutamanya peringkat sekolah menengah dengan adanya modul Bahasa Melayu yang saya aplikasikan dalam pengajaran kepada pelajar saya yang digarab oleh pemeriksa SPM terkini. Dengan penggunaan modul ini, lebih 80% pelajar telah terbukti berjaya mendapat A dalam peperiksaan SPM. Jom, saya bersedia berkolaborasi untuk menjayakan pendidikan Matematik dan Bahasa Melayu anda. Jadikan saya tutor pilihan anda!
Teknik Pengajaran
Melalui pengalaman mengajar yang saya peroleh, saya suka untuk menggunakan pendekatan mengajar dengan mengambil hati pelajar, memotivasi pelajar agar pelajar lebih bersemangat dan teruja untuk belajar. Saya cenderung untuk mencari gali kaedah terbaik pembelajaran setiap pelajar saya agar pengajaran menjadi lebih efektif selain dapat membantu mengurangkan tekanan pelajar akan sesuatu pengajaran. Selain itu, saya juga menggunakan bahan mengajar yang menarik seperti flash card, game, dan nota berwarna mengikut kesesuaian topik. Saya gembira untuk membantu pelajar tentang apa-apa perkara berkaitan pelajaran yang dapat membantu potensi mereka jika pelajar inginkan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 5, Darjah 6, Darjah 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Membaca - BI Darjah 2, Darjah 3, Darjah 1
Membaca - BM Darjah 2, Darjah 3, Darjah 1
Matematik Tambahan Tingkatan 4
Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4