Profile Picture

Nurin 'awatif *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Dengan Kepujian

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Sedang Belajar)

Alor Setar, Kedah

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum, saya Nurin merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Saya kini Sudah selesai menghabiskan pengajian pada peringkat semester 3. Saya seorang yang memang bercita-cita menjadi seorang guru. Niat saya memohon pekerjaan ini adalah untuk menambah pengalaman dan berkongsi teknik-teknik pengajaran yang terbaik kepada anak-anak murid saya kelak.
Teknik Pengajaran
Saya ingin mengajar cara membaca kepada kanak-kanak pada peringkat pra sekolah. Oleh itu, teknik pengajaran yang saya ingin lakukan iaitu teknik pengajaran "Bacaan fonik bahasa melayu" . Melalui teknik ini mendedahkan kepada pelajar cara sebutan huruf yang betul, sekaligus lebih mudah untuk dieja dan disebut oleh pelajar. Selain itu, saya akan mempelbagaikan teknik pengajaran saya dengan bahan-bahan bantu mengajar yang menarik seperti nota-nota yang telah saya sediakan. Saya juga akan menggalakkan pengajaran melibatkan kognitif dan afektif iaitu dengan menerapkan pembelajaran berasaskan minda dan emosi pelajar. Dengan penerapan ini akan menitikberatkan keadaan mental dan emosi pelajar sebelum proses pengajaran bermula agar sesi pengajaran berkesan. Bahkan saya akan menggalakkan penggunaan seluruh otak pelajar ketika belajar iaitu dengan melihat, mendengar, menyebut, mengambarkan dan sebagainya. Akhir kata, tinggi harapan saya untuk menjadi seorang guru yang terbaik dan dapat mendidik anak bangsa menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BM Tadika