Profile Picture

Nur Huda *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Business Administration

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Graduated)

Bukit Mertajam, Pulau Pinang

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai, saya Teacher Aqilah, seorang tutor yang berdedikasi dan bersemangat tinggi dalam membantu anak didik mencapai keputusan yang cemerlang. Dengan sikap ramah namun tegas, saya memastikan setiap anak didik mencapai matlamat mereka dalam pembelajaran. Saya juga berpengalaman dalam membantu murid tadika menguasai kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Iqra'. Saya juga pandai mengambil hati pelajar, menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan dan dinanti-nantikan oleh mereka.

Adakah anda ingin melihat anak anda menguasai kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Iqra' dengan cemerlang serta meningkatkan keyakinan diri mereka? Jadikan saya tutor anda hari ini! Saya komited untuk membantu anak anda mencapai potensi penuh mereka dalam pembelajaran.

Teaching Method(s)
Saya mengunakan kaedah didik hibur untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Dalam sesi pembacaan saya menekankan interaksi yang lebih peribadi dengan setiap pelajar. Saya menggunakan pelbagai kaedah seperti penggunaan flashcard, permainan pendidikan, dan lain-lain untuk memperkukuhkan kemahiran membaca. Saya memberi tumpuan kepada setiap pelajar secara individu, menyesuaikan pengajaran mengikut keperluan dan kebolehan masing-masing. Matlamat saya adalah memastikan bahawa setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang bermakna dan berkesan dalam setiap sesi pembelajaran.
Subject
Subject School Level
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BI Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Mengaji - Al-Quran Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Asas Fardhu Ain Darjah 1, Darjah 3