mytutor_mobile
Profile Picture

Nor Hasyimah *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Human Resource Management

Open University Malaysia (Telah Bergraduasi)

Sarikei, Sarawak

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi semua. Nama saya cikgu Nor Hasyimah. Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman selama 5 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah. Saya pakar mengajar dalam subjek bahasa melayu dan juga subjek matematik. Selain itu, saya juga boleh mengajar berkaitan dengan mengeja,mengira,membuat karangan bahasa melayu,membaca, dan juga pengolahan ayat. Saya juga mempunyai kemahiran komunikasi yang sangat baik dan saya mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif. Sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya adalah “survey,question,read review and recite (SQ3R)

Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. Murid perlu meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks.Murid sebenarnya perlu juga menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.

Question (soal atau tanya) merupakan satu langkah yang memerlukan murid menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Murid akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.

Peringkat ketiga ialah Read (baca). Pada peringkat ini murid sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan, murid mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan dan mempersoal pendapat atau maklumat yang ditemuinya.

Recite (imbas kembali) merupakan peringkat yang keempat dalam teknik ini. Setelah selesai membaca, murid cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai perlulah dilakukan dalam konteks tugasannya. Murid juga bole cuba menjawab soalan-soalan yang disenaralkan sebelumnya tapa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.

Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir dalam teknik ini. Murid perlu membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilin untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada solan yang dibuatnya di langkah keempat. Murid juga perlu memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Membaca - BM Tadika
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4