mytutor_mobile
Profile Picture

Aini Suraya *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains Pembangunan

Universiti Kebangsaan Malaysia (Sedang Belajar)

Rawang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang mempunyai pengalaman mengajar sementara serta saya mempunyai cita cita yang tinggi dalam bidang pendidikan. Saya juga akan membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya seorang yang mudah beramah mesra namun adakalanya saya bersikap tegas. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai keputusan yang mereka inginkan dan mudah memahami pelajaran yang diajar. Saya juga suka membantu anak didik belajar mengikut waktu bersusaian. Saya juga akan bantu pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Saya juga boleh mengajar pelajar tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah.
Teknik Pengajaran
Saya akan menggunakan kaedah belajar dengan bermain, membaca dan beberapa teknik sifir yang berkesan. Dengan ini, para pelajar mampu belajar dalam keadaan yang tenang dan selesa dan mudah untuk difahami. Selain itu, saya menyediakan nota yang ringkas dan menggunakan kemudahan it agar para pelajar lebih berminat belajar dalam kelas tidak kira scara fizikal atau dalam talian. Saya juga menyediakan beberapa soalan untuk mengenal pasti tahap pemahaman anak didik di akhir sesi pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2