mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Razan *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Linguistik

Universiti Malaysia Sarawak (Telah Bergraduasi)

Kuching, Sarawak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang bersemangat tinggi dan tekad dalam membantu anak bangsa untuk mendapat keputusan yang cemerlang terutamanya dalam peperiksaan. Saya juga seorang yang mesra bersama pelajar kerana mempunyai pengalaman selama 3 bulan mengajar di kolej swasta tempatan. Selain itu, saya juga mempunyai pengalaman mengajar murid sekolah rendah selama 3 bulan. Selain itu, saya juga pandai menarik perhatian pelajar menyebabkan mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya adakan. Berminat untuk jadikan saya sebagai tutor anda? Silalah hubungi saya.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik pujian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran seperti sentiasa memberikan mereka pujian, kata-kata positif dan motivasi supaya mereka sentiasa bersemangat dan tidak cepat putus asa. Selain itu, saya juga menggunakan pendekatan soalan dan penyoalan iaitu memulakan kelas dengan soalan supaya mereka membaca nota terlebih dahulu serta dapat mengasah kemahiran berfikir mereka. Saya juga menanyakan soalan semasa sesi pengajaran supaya pelajar memahami apa yang diajar serta dapat mengelakkan pelajar yang tercicir.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Dewasa, Darjah 6
Membaca - BM Darjah 6