Profile Picture

Joannelisa Ki

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Awal Kanak-kanak

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Sedang Belajar)

Kota kinabalu, Sabah

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Lisa, seorang tutor yang boleh dipercayai dan berdedikasi. Saya telah lama didedahkan dengan bidang pendidikan ini sejak kecil lagi kerana ibu saya juga seorang guru dan saya sendiri pernah bekerja di sekolah swasta sebelum melanjutkan pelajaran sepenuh masa di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Saya seorang yang lemah lembut dan penyayang namun tegas apabila perlu. Saya berhasrat untuk menyumbang dalam kejajayan anak didik saya di samping menanam minat yang dalam untuk belajar. Saya suka berkongsi tentang cara-cara mudah untuk memahami sesuatu pelajaran kepada anak didik saya. Saya boleh membimbing anak didik yang bersekolah di SJK (C) dan mengambil subjek Bahasa Cina namun tidak mempunyai latar belakang Bahasa Mandarin. Ingin mencari tutor yang sesuai untuk anak anda? Boleh hubungi saya dengan segera.
Teknik Pengajaran
Saya suka mengajar dengan menggunakan teknik yang mampu memudahkan kefahaman anak didik saya. Kaedah hibur didik seperti menerapkan pembelajar melalui permainan dan pop kuiz juga diaplikasikan dalam pengajaran saya. Pelbagai cara mendidik yang akan saya guna berdasarkan keadaan atau cara pembelajaran mereka. Tujuan saya di sini adalah untuk membantu adik-adik yang memerlukan bimbingan dalam pembelajaran agar kekal cemerlang serta mencari pengalaman yang baru. Saya memilih untuk melakukan kelas secara bersemuka dan online kerana sedang menjalani cuti semester.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Cina Darjah 2, Darjah 1, Darjah 3
Prasekolah - 3M Tadika
Membaca - BM Darjah 1
Matematik Darjah 1